Banner Exchange

Tuesday, April 29, 2014

MH370: Benarkah teori John Huckman?

Selagi tiada apa-apa bukti yang boleh dikaitkan dengan penemuan MH370, selagi itulah segala macam teori dan spekulasi akan timbul. Yang terkini dan terheboh dalam kalangan pembaca maya ialah teori yang dikemukakan oleh John Huckman.

Pada 18 April yang lalu, John Huckman menulis satu artikel dan diterbitkan dalam OpEdNews.com. beliau mendakwa Amerika Syarikat berkemungkinan menembak jatuh pesawat MH370. Beliau juga mendakwa AS memiliki radar paling canggih khususnya di Diego Garcia – sepatutnya jika MH370 menghala ke Lautan Hindi sudah tentulah radar di situ dapat mengesannya. Yang berlaku, kita terpaksa mendapatkan maklumat daripada radar pihak lain.

Walau apapun jawapan daripada Diego Garcia, tentunya kita tidak mahu teori ini menjadi kenyataan. Kita sentiasa mendoakan sesuatu yang baik berlaku kepada MH370.

Namun, kita juga tidak seharusnya menolak bulat-bulat teori John Huckman. Dalam menangani krisis sebegini, semua maklumat dan teori serta hujah mana-mana perlu dikumpul agar dapat dianalisis secara keseluruhan.HD

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2leep

"