Banner Exchange

Sunday, March 17, 2013

AirAsia lebar sayap ke India

AirAsia Boeing 737-300
AirAsia Boeing 737-300 (Photo credit: Wikipedia)
Usaha sama dengan dua syarikat tubuh penerbangan tambang murah

AirAsia Bhd bercadang untuk bekerjasama dengan dua syarikat India, Tata Sons Ltd dan Arun Bhatia of Telestra Tradeplace Pvt Ltd, bagi menubuhkan syarikat penerbangan murah di negara itu.

Cadangan kerjasama menerusi anak syarikatnya, AirAsia Investment Ltd (AAIL) dibuat berikutan keputusan kerajaan India pada September lalu, untuk membuka sektor penerbangan ke dalam pelaburan langsung asing (FDI) daripada syarikat penerbangan luar.

Pegang 49 peratus ekuiti

AirAsia dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia berkata, untuk tujuan itu, ketiga-tiga pihak terbabit memeterai perjanjian awal dan AirAsia sudah memohon kepada kerajaan India untuk memegang 49 peratus ekuiti dalam kerjasama berkenaan.

Katanya, kumpulan juga sedang membuat permohonan kepada pengawal selia penerbangan India untuk Permit Operator Udara yang tertakluk kepada Lembaga Penggalakkan Pelaburan Asing India (FIPB).

“Pihak terbabit sudah memeterai perjanjian memuatkan syarat peringkat tinggi dengan merujuk kepada perkongsian dicadangkan, termasuklah cadangan melaksanakan perjanjian muktamad seperti perjanjian pemegang saham dan dokumen berkaitan jika diluluskan FIPB.

“Jika kelulusan diperoleh, AirAsia akan mengeluarkan pengumuman lanjut dalam bentuk yang ditetapkan di bawah Peraturan Penyenaraian Pasaran Utama,” kata syarikat itu.

Potensi besar

Sebagai peneraju penerbangan tambang murah di Asia dan kini menjadi yang terbesar di Asia dengan 118 pesawat dan lebih 350 tempahan, AirAsia yakin penerbangan India mempunyai potensi pertumbuhan jangka panjang yang besar.

Rancangan usaha sama untuk beroperasi daripada Chennai, Tamil Nadu itu memfokuskan kepada penyediaan sambungan bandar domestik peringkat dua dan tiga kepada penumpang India.

Kini, AirAsia menerusi operasi yang berpangkalan di Thailand dan Malaysia sudah menghubungkan Chennai, Bangalore, Tiruchirappalli, Kocho dan Kolkata ke negara di ASEAN.

Pengasas dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Dr Tony Fernandes, berkata pihaknya sudah menilai pembangunan di India secara rapi sejak beberapa tahun lalu.

“Kami percaya bahawa situasi terkini sesuai untuk memperkenalkan tambang rendah AirAsia yang mampu merangsang penerbangan dan mengembangkan pasaran,” katanya.

AirAsia yakin mengulangi kejayaan di Malaysia, Thailand, Indonesia dan usaha sama lain.

Secara khususnya, ia percaya kejayaannya dalam membantu orang ramai menggunakan perkhidmatan penerbangan akan memberi manfaat kepada pengguna India.

sumber
Enhanced by Zemanta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2leep

"